Kedai Alignment Tayar Terbaik Area KL

Apabila musim perayaan tiba, semestinya ramai pemilik kereta akan tercari-cari dimana kedai yang terbaik untuk mereka membuat penyelenggaraan seperti alignment tayar, service tukar minyak hitam, memeriksa break kenderaan bagi keselesaan untuk pulang ke kampung.

Entry kali ini, saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sekalian dimana saya telah berkunjung ke sebuah kedai di jalan genting klang menghala ke MRR2 melalui wangsa maju. Kedai tayar ini sememangnya amatlah popular dikalangan penduduk berhampiran serta warga kota malah ada yang datang dari pedalaman semata-mata untuk mendapatkan service terbaik dari kedai ini.

Apa yang best?

Disini terdapat service manual yang masih dijalankan dimana mekanik kedai ini menggunakan kaedah oldskull untuk membuat alignment tayar kenderaan. Saya adalah salah seorang pelanggan dari kedai tersebut yang telah menggunakan service manual. Hasilnya, alignment tayar kereta saya bertahan dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan kaedah auto yang sekarang banyak dilakukan oleh kedai tayar yang lain.

Jika terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian kenderaan, mekanik kedai tersebut akan memberi penjelasan yang sangat baik. Semestinya pelanggan akan berpuas hati dengan penjelasan dari mekanik tersebut.

Musim perayaan kan ramai?

Untuk pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan service dari pihak kedai ini, mereka hendaklah membuat tempahan dahulu (musim perayaan). Saya pernah hadir ke kedai tersebut seawal jam 0630 pagi bagi mendapat giliran terawal malangnya saya mendapat giliran ke 11. Terdapat pelanggan lain yang terlebih awal.

Kalau bukan musim perayaan?

Jika bukan musim perayaan, pelanggan bolehlah datang ke kedai mengikut waktu sendiri tetapi ianya bergantung kepada situasi semasa kedai tersebut. Jika terdapat ramai pelanggan ketika itu, maka pelanggan baru kena tunggu giliran.

Harga?

Sewaktu saya membuat alignment tayar, harga yang perlu dibayar tidaklah terlalu mahal dan ianya sangatlah berbaloi. Hadir sendiri ke kedai tersebut dan korang akan tahu bagaimana.

Dimana lokasi?

Google KFC setapak atau “kedai tayar teik chan” dan kedai tersebut terletak di bahagian belakang KFC Setapak.

Reviews