Kekal Beraksi Di Liga M Bersama Sebuah Kelab

Bekas pemain import pasukan Selangor, Taylor Regan dilaporkan kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila beliau bakal menyertai sebuah kelab dari Borneo.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kelab yang dimaksudkan ialah Sarawak United yang bakal beraksi di Liga Perdana pada musim 2021.

Taylor kembali ke Malaysia dengan menyertai Selangor pada musim 2019 ketika di bawah kendalian B.Satianatan setelah dua musim beraksi di liga Australia.

Ketika beraksi bersama Selangor, pemain yang disifatkan Satia sebagai pemain yang mempunyai hantaran jarak jauh terbaik di Liga Malaysia itu menghabiskan dua musim dan turut dilantik sebagai ketua pasukan.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi di Liga Perdana dimana sebelumnya beliau pernah membantu Negeri Sembilan pada musim 2016.

Pada musim berikutnya, Taylor Regan pulang ke Australia dimana beliau menyertai Adelaide United.

Sarawak United baru-baru telah berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain sayap negara, Norshahrul Idlan Talaha yang sebelum ini beraksi di saingan Thai League 1 bersama BG Pathum United.

Sumber – https://www.vocketfc.com/taylor-regan-kekal-di-liga-malaysia-bakal-sertai-sarawak-united/