Kekal dalam lipatan sejarah Kedah

TAN CHENG HOE KEKAL DALAM LIPATAN SEJARAH BOLASEPAK KEDAH

Antara perkara yang kita rindui ialah corak permainan cantik dan menghiburkan daripada pasukan Kedah. Tan Cheng Hoe berjaya membawa revolusi baharu skuad sejak memegang tampuk kejurulatihan pada pertengahan 2014.

Tiada lagi ‘direct football’ serta ‘long ball’ diterapkan dalam pasukan Kedah. Pengenalan bolasepak moden dalam kem Kedah menjadikan pasukan utara itu kembali menjadi skuad elit setelah beberapa musim dengan aksi terumbang ambing.

Apa yang lagi menarik, TCH berjaya memperkenalkan banyak muka baharu dan menaikkan nama-nama pemain muda dengan gaya tersendiri sehingga berjaya.

Selain gah memegang kejuaraan Liga Perdana 2015, membawa Kedah kembali menjadi pasukan elit di Liga Super serta menjuarai Piala Malaysia 2016, TCH juga berjaya mencipta rekod sebagai jurulatih terbaik pada tahun 2016.

Lagi menarik mengenai jurulatih tempatan ini ialah landskap perubahan yang diperkenalkan dalam formasi dan taktikal permainan yang sangat menghiburkan.

Suatu kepuasan buat peminat dan penggemar analisa bolasepak untuk menulis dan mengkaji permainan yang ditampilkan Kedah ketika itu.

Bayangkan, sebuah pasukan yang datang dari Liga Perdana berjaya meng3jutkan banyak pihak apabila mempersembahkan corak permainan yang jitu serta mencatat kemenangan memuaskan hati terhadap pasukan Liga Super dalam saingan Piala Malaysia 2015 sehingga ke final.

Kita pada ketika itu begitu bersemangat dan sentiasa berdebar menantikan apa pula yang ingin ditampilkan Kedah dan bagaimana pula gerakan yang ingin dijana Kedah dalam memburu gol.

Kini beliau terus menyambung gayanya tersendiri dengan skuad kebangsaan sehingga berjaya mengubah permainan yang membuatkan pasukan lawan lebih berhati hati apabila bertemu Malaysia .

BIAR JASA JADI KENANGAN / Sumber : Hijau Kuning Supporter

TAN CHENG HOE KEKAL DALAM LIPATAN SEJARAH BOLASEPAK KEDAH Antara perkara yang kita rindui ialah corak permainan cantik dan menghiburkan daripada pasukan Kedah. Tan Cheng Hoe berjaya membawa revolusi baharu skuad sejak memegang tampuk kejurulatihan pada pertengahan 2014.Tiada lagi 'direct football' serta 'long ball' diterapkan dalam pasukan Kedah. Pengenalan bolasepak moden dalam kem Kedah menjadikan pasukan utara itu kembali menjadi skuad elit setelah beberapa musim dengan aksi terumbang ambing.Apa yang lagi menarik, TCH berjaya memperkenalkan banyak muka baharu dan menaikkan nama-nama pemain muda dengan gaya tersendiri sehingga berjaya.Selain gah memegang kejuaraan Liga Perdana 2015, membawa Kedah kembali menjadi pasukan elit di Liga Super serta menjuarai Piala Malaysia 2016, TCH juga berjaya mencipta rekod sebagai jurulatih terbaik pada tahun 2016.Lagi menarik mengenai jurulatih tempatan ini ialah landskap perubahan yang diperkenalkan dalam formasi dan taktikal permainan yang sangat menghiburkan. Suatu kepuasan buat peminat dan penggemar analisa bolasepak untuk menulis dan mengkaji permainan yang ditampilkan Kedah ketika itu. Bayangkan, sebuah pasukan yang datang dari Liga Perdana berjaya mengejutkan banyak pihak apabila mempersembahkan corak permainan yang jitu serta mencatat kemenangan memuaskan hati terhadap pasukan Liga Super dalam saingan Piala Malaysia 2015 sehingga ke final.Kita pada ketika itu begitu bersemangat dan sentiasa berdebar menantikan apa pula yang ingin ditampilkan Kedah dan bagaimana pula gerakan yang ingin dijana Kedah dalam memburu gol.Kini beliau terus menyambung gayanya tersendiri dengan skuad kebangsaan sehingga berjaya mengubah permainan yang membuatkan pasukan lawan lebih berhati hati apabila bertemu Malaysia .BIAR JASA JADI KENANGAN

Posted by Hijau Kuning Supporter on Tuesday, 21 April 2020