Kekecewaan Peminat Hijau Kuning

Wakil Kelab Penyokong Kedah melalui Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM), Mohd Safarizal Mohd Sobri meluahkan rasa kec3wanya terhadap pengurusan pasukan yang masih gagal melunaskan gaji pemain.

Katanya, pihak pengurusan seharusnya membuat perbincangan secara terbuka demi membela kebajikan pemain, bukannya langsung tidak membayar gaji sehingga dua bulan.

“Sebelum ini Setiausaha Kehormat KFA memberi jaminan isu gaji ini akan diselesaikan segera, tapi nampaknya dari hari ke hari keadaan kini menjadi semakin rumit,” katanya kepada Arena Metro.

“Kami mengharapkan supaya KFA dapat menc3gah perkara ini sebelum keadaan menjadi par4h kerana sebagai majikan, KFA wajib melunaskan tungg4kan gaji berkenaan di samping menjaga imej pasukan.

“Jalan terbaik dengan mengadakan perbincangan segera agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.”

Safarizal turut menyel4r sikap pengurusan pasukan Kedah yang seolah-olah tidak serius dalam menjaga kebajikan pasukan.

“Melalui media sosial dan media cetak, KFA memberi alasan pihak penaja menghadapi masalah kewangan disebabkan kesan wab4k pand3mik COVID-19 ini.

“Jadi jika KFA boleh memahami masalah penaja, mengapa pula KFA tidak cuba menjelaskannya kepada pemain bagi menyelesaikan isu ini dengan cara baik.

“Pihak kami berharap KFA dapat mencari jalan terbaik seperti bertemu dan berbincang dari ‘h4ti ke h4ti’ dengan semua untuk memberi penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku.”