Kelantan FC ‘Reset’

Berdasarkan kemaskini terbaharu skuad Kelantan FC semalam, skuad itu nampaknya sudah jelas dengan perancangan mereka untuk menggunakan 90% pemain-pemain dari skuad Piala Belia dan Piala Presiden bagi aksi Liga Premier 2021.

Ketika sesi pemilihan yang diadakan semalam, pemilihan pemain-pemain telah dibuat oleh Pengarah Teknikal En Abdul nasir M. Yusof dan dipantau sendiri oleh pemilik kelab En. Norizam Tukiman.

Menurut kemaskini dilaman sosial Facebook rasmi pasukan, semua pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan dalam satu majlis khas pengenalan pasukan yang dijadualkan pada bulan Januari 2021.

Pemain-pemain ini akan dibentuk menggunakan DNA ketua jurulatih Kelantan FC dari Itali bagi mempersiapkan skuad ‘ubi’ ini ke taraf antarabangsa.

Skuad Kelantan FC ketika ini sedang menunggu kelulusan FIFA untuk membatalkan denda ‘transfer ban’ yang dikenakan sebelum ini, dan mereka dilihat memberikan fokus utama kepada mempersiapkan strategi pasukan menggunakan pemain-pemain yang terpilih dari sesi tersebut.

Sumber : https://www.vocketfc.com/trw-kelantan-fc-reset-pasukan-untuk-2021-guna-90-pemain-skuad-piala-belia-dan-piala-presiden/