Kelihatan Tidak Terurus

SHAH ALAM: “Assalamualaikum, jumpa lagi, bye.”

Itu antara ucapan ringkas yang diberikan oleh pendakwah selebriti berusia 25 tahun yang kini direm4n atas tuduh4n mer0gol kenalan Instagramnya, tahun lalu.

Kelihatan agak tidak terurus, bekas peserta program realiti berbentuk keagamaan itu, juga sempat mengucapkan terima kasih kepada media sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

“Terima kasih semua, alright, thank you (baik, terima kasih),” katanya selepas prosiding lanjutan tempoh remannya sehingga Ahad ini.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan tangannya bergari ke Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 11 pagi oleh pasukan polis dan turut diringi peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan.

Ketika ditemui selepas tamat prosiding reman itu, Ahmad Amzar memberitahunya anak guamnya itu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan oleh pihak polis.

“Anak guam saya menafikan semua dakwaan. Dia berada dalam keadaan sihat dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung laporan polis yang diterima (di Shah Alam dan Petaling Jaya).

“Dia akan membersihkan namanya mengikut undang-undang sedia ada” jelasnya.

Selain itu, peguam terbabit menjangkakan tempoh tahanan reman terhadap anak guamnya itu mungkin akan ditambah lagi memandangkan terdapatnya pertambahan laporan polis terhadap pendakwah selebriti itu.

Secara keseluruhan, terdapat tujuh laporan telah dibuat terhadap pendakwa itu membabitkan rog0l, c4bul, mendatangkan keced3raan dan s3ks luar tabii yang mana lima daripadanya dilaporkan di Shah Alam. – UTUSAN ONLINE

Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2020/12/jumpa-lagi-bye/