Kelincahan Kyrill Muhymeen Dihantui Pemain Ini

KUALA LUMPUR: Pemain sayap berpengalaman, Khyril Muhymeen Zambri mengakui Rosdi Talib sebagai pertahanan kiri yang paling ‘ker4s’ pernah dihadapinya sepanjang ber4ksi di Liga Malaysia (Liga M).

Pemain sayap Selangor itu menyifatkan bekas pemain kebangsaan itu sebagai seorang pemain yang bertenaga dan bijak mengenal pasti kekuatan serta kelemahan lawan.

Baginya, pengalaman ketika berdepan Rosdi yang ketika itu mewakili Pahang serta T-Team sebagai sesuatu yang berharga untuk meningkatkan lagi kualitinya sebagai pemain sayap kanan.

“Ketika di awal karier bersama Kedah, Rosdi pasti memberi kesuk4ran kepada saya untuk mengatasi kawal4nnya setiap kali bertembung dengannya.

“Dia tahu bagaimana hendak masuk melakukan as4kan yang betul serta bijak dalam memberikan tekanan kepada pemain lawan.

“Walaupun saya bertemu Rosdi ketika penghujung karier, dia masih antara pertahanan kiri terbaik yang saya pernah hadapi serta menjadi pengalaman paling berharga kerana dapat bertemu pemain sepertinya,” katanya.

Selain kualitinya selaku pertahanan kiri, Rosdi juga mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan sepakan percuma jarak jauh.

Rosdi menjadi antara pemain dalam Pilihan Kesebelasan Utama Terbaik Khyril dengan bekas pemain import Kedah pada 2004 hingga 2008, Cornelius Bernard Huggins dan bekas pemain kebangsaan Norhafiz Zamani serta S Kunanlan melengkapkan barisan pertahanan.

Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias menjadi pilihan Khyril manakala Ashari Samsudin mengisi bahagian sayap kiri diikuti Baddrol Bakhtiar di sebelah kanan dan bahagian tengah dikemudi Nelson Sam Martin serta Safiq Rahim.

Dua peny3rang menjadi pilihan Khyril ialah dua bekas peledak Kedah, Marlon Alex James dan Akmal Rizal Rakhli.