Keputusan Sah Dan Rasmi

KUALA LUMPUR: ‘Jodoh’ Malaysia dan Tajikistan jelas begitu kuat selepas dua pasukan itu sekali lagi diundi dalam satu kumpulan pada Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Dua pasukan itu sebelum ini diundi dalam Kumpulan D pada edisi 2018 dan menariknya, mereka turut berada dalam kumpulan sama bagi edisi 2020 selepas majlis undian yang berlangsung di Bukit Jalil, hari ini.

Selain Tajikistan, anak buah Brad Maloney itu bakal berdepan cab@ran terbesar untuk mara ke suku akhir apabila diundi bertemu juara edisi 2014, Qatar sementara Yaman melengkapkan saingan Kumpulan D.

Juara bertahan, Arab Saudi diundi dalam Kumpulan C bersama Australia serta dua negara ASEAN iaitu Vietnam dan Laos.

Pasukan paling banyak menghimpun kejuaraan yang juga naib juara edisi lalu, Korea Selatan pula diundi dalam Kumpulan B bersama juara edisi 2016, Jepun ; juara lima kali, Iraq dan juga Bahrain.

Menyertai tuan rumah, Uzbekistan dalam Kumpulan A adalah Indonesia, Kemboja dan Iran.

Terdahulu, Malaysia layak ke pusingan akhir selepas mengungguli Kumpulan G dengan rekod menakjubkan apabila memenangi semua empat perlawnan untuk menghimpun 12 mata maksimum.

Sebagai rekod, edisi 2018 di Indonesia menyaksikan skuad negara menghuni tangga tercorot Kumpulan D selepas menghimpun satu mata daripada tiga perlawnan.

Mereka tewas 2-1 di tangan Arab Saudi sebelum terikat 2-2 men3ntang Tajikistan namun tewas 2-0 di tangan China pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Keputusan Undian Kejuaraan B-19 AFC 2020:

Kumpulan A – Uzbekistan, Indonesia, Kemboja, Iran

Kumpulan B – Korea Selatan, Jepun, Iraq, Bahrain

Kumpulan C -Arab Saudi, Australia, Vietnam, Laos

Kumpulan D – Qatar, Tajikistan, MALAYSIA, Yaman