Keputusan Sudah Diperolehi

ALOR SETAR: Pemain pertahanan import Kedah, Renan Alves sudah bersedia untuk pulang ke Malaysia Rabu ini bagi melengkapkan skuad Lang Merah yang sedang menjalani latihan fasa satu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Stadium Darul Aman.

Dia yang sudah mendapat keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan di Brazil, kini menunggu masa untuk berangkat selepas lebih tiga bulan tidak bersama pasukan akibat wabak pandemik C0V!D-19 sejak18 Mac lalu.

Menurut pengurus Kedah Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, pemain kelahiran Rio De Janeiro itu hanya ‘menghitung hari’ untuk pulang semula ke Malaysia selepas keputusan ujian calitan yang dilakukan di Brazil mengesahkan dia neg@tif C0V!D-19.

Terdahulu, seorang lagi pemain import daripada kuota Asia, Amin Nazari pulang ke Kedah 3 Julai lalu selepas memperoleh keputusan ujian negatif yang disyaratkan sebelum memasuki negara ini.

“Renan Alves dijangka pulang ke Malaysia pada 8 Julai ini dan kemasukannya ke Malaysia bagaimanapun kini hanya bergantung pada pelepasan oleh pihak Imigresen Malaysia di KLIA nanti.

“Renan Alves sudah pun menjalani ujian calitan (swab test) di negaranya iaitu Brazil dan selepas mendapat keputusan ujian berkenaan dia kini hanya menunggu jadual penerbangan pulang ke Malaysia untuk menyertai pasukan.

“Kita difahamkan jadual penerbangan Renan Alves untuk pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur juga telah diatur dan tarikhnya adalah Rabu ini,” kata Al-Naliq.

Al-Naliq juga bersyukur segala perkembangan mengenai latihan dengan garis panduan baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) berjalan dengan lancar sejak dua minggu lalu.

“Syarat-syarat berkaitan SOP sentiasa kita patuhi dalam semua aspek iaitu sebelum, semasa dan selepas latihan, sejak hari mula kita mengadakan latihan iaitu pada 24 Jun lalu.

sumber : BH

“Alhamdulillah, semua pemain Lang Merah berjaya mengikuti latihan normal baharu ini dengan baik dan tersusun di Stadium Darul Aman dan setiap aturan yang dijalankan adalah mengikut prosedur SOP yang digariskan oleh pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya.