“Kita tengok apa cadangan MFL, FAM”

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa FAM dan MFL sudah boleh mengemukakan permohonan untuk memulakan Liga Malaysia lebih awal.

Namun, beliau berkata, FAM dan MFL perlu mengadakan perbincangan terlebih dulu bersama Kementerian Kesihatan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dengan sesi latihan fasa 2.

“Kini surat permohonan boleh dibuat dan ia terpulang kepada FAM dan MFL untuk mengemukakan permohonan itu bagi membolehkan Liga Malaysia bersambung lebih awal,” katanya kepada Sinar Harian.

“Semua cadangan itu akan dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.”

Terdahulu, CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengumumkan 16 pasukan sudah memulakan sesi latihan fasa 1 dan itu memberi peluang kepada MFL untuk memohon sesi latihan fasa 2 serta menyambung semula saingan liga sebulan lebih awal.

Pada masa sama, Ismail berkata kerajaan juga terbuka dengan cadangan memberi kebenaran kepada penyokong masuk ke stadium, namun dengan jumlah yang terhad.

“Pihak kerajaan sedia mengkaji dan boleh memperhalusi lagi cadangan untuk memulakan liga lebih awal. Kita akan tengok apa cadangan MFL dan FAM.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini