Lagenda Pahang men!nggal dunia

KUANTAN: Bekas pemain Pahang era 70-an, Mohd Najib Mohd Ariffin men!nggal dunia akibat s3rangan jantung di rumahnya di Taman Pelindung, Kampung Pelindung, Beserah di sini, malam tadi.

Allahyarham Mohd Najib atau Mike, 68, dikatakan mengalami s3rangan jantung ketika mengambil wuduk.

Setiausaha Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Pahang (PBPBNP) Nazeri Hussain berkata, Allahyarham Mohd Najib pernah menjalani pemb3dahan pintasan jantung awal tahun lalu serta menghidap peny@kit tiroid.

Katanya, Allahyarham men!nggalkan dua isteri dan 10 anak berumur antara lapan hingga 36 tahun.

Bekas pemain Pahang era 70-an, Mohd Najib Mohd Ariffin.
“Bagi pihak PBPBNP, kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mohd Najib yang pernah menyarung jersi skuad Pahang dan Kuantan FA pada tahun 70-an.

“Allahyarham sememangnya terkenal dengan aksi lincahnya dan antara pemain tengah terbaik skuad Pahang,” kata Nazeri.

Mohd Najib yang beraksi sebagai pemain sayap kanan skuad Tok Gajah itu dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pelindung pada jam 11 pagi tadi.

Sepanjang kerjaya sebagai pemain bola, Allahyarham Mohd Najib pernah menyarung jersi skuad Pahang dan Kuantan FA.

Sumber : BH

Allahyarham seangkatan dengan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail, Abdullah Akil, Kamaruddin Ali, Abdullah Sukor dan

Rosmani Mohd Shah.