Video – Lagi Pendedahan Kontroversi Asri Janggut

PENIAGA burger kontroversi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.

Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.

“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” itu antara petikan terpacul daripada mulut Asri Janggut yang tular.

Ramai netizen menyifatkan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu melakukan sangkaan buruk terhadap pasukan keselamatan.

Malah ada netizen di Facebook (FB) yang mengorek pula rekod lampau Asri Janggut termasuk mempunyai rekod jenayah memukul isterinya.

Pemilik akaun Nazirul Syahmi mendakwa Asri Janggut juga mempunyai rekod ugutan jenayah dan seleweng wang syarikat.

Bagi pemilik akaun Man Putat’s pula katanya: ‘Sebab itu jangan dipuji terlalu tinggi, syaitan datang berbisik-bisik.’

Begitu juga komen pemilik akaun FB Harimau Putih Selatan: ‘kannn…dah jadi hero mula sembang kuat.’

Harian Metro cuba mendapatkan ulasan Asri Janggut, namun jawapannya menerusi WhatsApp memberitahu belum bersedia bertemu media.

“‘Bismillah..wassalam. Buat masa ini keadaan saya amat tertekan dengan apa yang berlaku. Buat masa ini saya belum bersedia bertemu dengan media,” katanya.

Difahamkan, jam 2 petang ini dia akan membuat kenyataan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disiarkan secara langsung.

Sabtu lalu, pendedahannya mengenai rumah judi dan penjualan rokok seludup di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menjadikan dia umpama hero dan menggemparkan negara.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/609426/ulasan-asri-janggut-polis-tak-solat-cetus-kontroversi

 

https://youtu.be/Tlh9JDoCLZM