Lagi Ubi Muda Malaysia Akan Beraksi Di Luar Negara

SAINGAN LaLiga bakal menyaksikan himpunan kelompok pemain muda negara apabila lebih ramai ‘ubi muda’ Malaysia beraksi di Sepanyol.

Malah, jangan terkejvt sekiranya pemain Malaysia selepas ini menjadi burvan kelab hebat di LaLiga seperti Barcelona, Real Madrid, Valencia, Getafe, Real Betis, Mallorca dan banyak lagi.

Ia selepas kejayaan dua lagi pemain muda negara iaitu M Devekumaran dan Mubashshir Azizi mengikat kontrak selama dua tahun bersama akademi bola sepak FC Malaga City.

Kejayaan dua pemain muda itu melengkapkan kehadiran dua lagi tonggak iaitu Aniq Asri dan Allee Putra Azril yang turut dip@ncing akademi berkenaan.

Peluang untuk empat anak muda negara itu mengetvk pintu kelab-kelab ternama di Sepanyol bukanlah sesuatu yang mustahil kerana akademi terbabit sering mengadakan aksi persahabatan dan menyertai liga bersaing bersama Barcelona dan Real Madrid.

Malah, FC Malaga City juga turut diiktiraf sebagai akademi yang profesional oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam melahirkan baka-bakat muda.

Difahamkan akademi ini memiliki dua buah skuad dalam kategori pembangunan iaitu bawah 19 (B-18) dan B-21 dan ia menyaksikan Aniq, Allee serta Mubashshir diletakkan dalam skuad B-19 manakala Devekumaran di B-21.

Seperkara menarik mengenai akademi ini, yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pihak pengurusan dengan anggaran 15,750 euro (RM75,489) selama semusim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini