Lima Pemain Bawah 23 dirisik kelab Eropah

SEKURANG-kurangnya lima pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) pernah dirisik beberapa kelab luar negara terutamanya di Eropah membabitkan pasukan di liga kelas kedua atau ‘Tier 2’ sejak 2018 lalu.

Keinginan tinggi kelab-kelab di negara terbabit seperti liga Belgium, Denmark, Crotia, Switzerland, Bulgaria dan lain-lain adalah kerana kejayaan skuad B-23 di Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China dua tahun lalu berjaya membuka mata pemerhati bola sepak di sana.

Lima pemain berkenaan iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Irfan Zakaria dan Syahmi Safari antara burvan kelab-kelab terbabit selepas kagum dengan aksi mantap pasukan yang menyaksikan skuad B-23 mara hingga ke suku akhir sebelum tum@ng 1-2 kepada Korea Selatan.

Menurut ejen bola sepak tempatan yang juga pemilik syarikat I One Sports Agency Sdn Bhd, Syed Qamarul Firdaus, beliau pernah dihubungi beberapa kelab ‘Tier 2’ Eropah yang bertanya mengenai lima pemain skuad B-23 negara itu.

Katanya, status Safawi pernah ditanya dua kelab iaitu FC Zurich dari Liga Super Switzerland dan kelab utama Republik Czech, Sparta Praha yang berminat dengan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Manakala seorang lagi tonggak JDT, Akhyar Rashid juga pernah dikaitkan dengan Liga Perdana Belarus, kelab Bate Borisov yang mahu menguji kemampuan adik kepada bekas pemain kebangsaan Rafdi Rashid itu.

Kalau tanya saya pemain yang jadi burvan kelab Eropah, semuanya dari skuad B-23 pada 2018 lalu yang kini jadi tunjang utama kekuatan skuad Harim@u Malaya di bawah Tan Cheng Hoe.

Kena ingat, kelab-kelab Eropah tak akan ambil pemain yang lebih usia 25 tahun ke atas tetapi mereka akan cari yang bawah 25 atau senang cerita bawah 23.

Tumpuan mereka (kelab Eropah) pula lebih mencari pemain di bahagian sayap saja. Cuba tengok pemain-pemain dari Korea Selatan atau Jepun seperti Song Heung-min dan Park Ji-Sung semuanya beraksi di posisi sayap.

Ini kerana bagi mereka, pemain-pemain dari Asia ini lebih ‘workaholic’ atau lebih kerja keras atas padang. Sebab itu juga mereka minat kepada Safawi atau Akhyar yang beraksi di posisi sayap. Selain bahagian itu, pemain pertahanan sayap kiri dan kanan juga tumpuan kelab Eropah.

“Saya fikir ini adalah waktu dan ketikanya untuk kita eksport pemain tempatan ke luar. Jika tak ke Eropah sekali pun, liga Korea Selatan, Jepun dan Thailand pun dah cukup baik sebagai permulaan,” katanya kepada Arena Metro hari ini.

Untuk rekod, ketika ini hanya tiga pemain negara beraksi di luar iaitu peny3rang Fagiano Okayama di Liga 2 Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak, diikuti Norshahrul Idlan Talaha bersama BG Pathum United serta tonggak pertahanan, Dominic Tan dengan kelab Police Tero FC dengan kedua-duanya di liga Thailand.

Dijangka seorang lagi peny3rang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal mengikut jejak langkah tonggak senior itu apabila dia ditawarkan kontrak lima tahun beraksi di Belgium bersama KV Kortrijk.

Bagaimanapun, tidak semua pemain mahu menyahut cabaran kelab dari Tier 2 itu kerana tawaran gajinya yang tidak lumayan seperti di Liga Malaysia.

Tapi mahu ke pemain kita ke sana. Biasanya kelab kelas kedua ini gaji kecil tak seperti Tier 1 macam liga EPL (Liga Perdana Inggeris), LaLiga Sepanyol, Ligue 1 Perancis, Seria A Itali dan Bundesliga di Jerman.

Kalau nak tahu gaji Liga Malaysia lebih besar daripada kelab Tier 2 Eropah. Jadi buat apa pemain seperti Safawi atau Akhyar pergi ke luar jika di kelab sekarang lebih mewah ditambah dengan fasiliti yang berkelas dunia di JDT.

“Apapun pokok pangkal pada pemain itu. Jika mereka nak menc@bar diri mereka boleh pergi ke luar, tetapi kena lakukan sebelum capai 25 tahun. Kalau tak memang susah dan tak laku,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.