Luah Rasa Kesal

Tan Sri Vincent Tan menegaskan bahawa Luqman Hakim Shamsudin sudah pun menjadi pemain kelab Belgium, KV Kortrijk.

Beliau selaku pemilik kelab itu berkata, status pemain berusia 18 tahun itu tidak sepatutnya dipersoalkan meskipun menandatangani kontrak jangka pendek dengan Selangor.

“Status masa depan Luqman tidak sepatutnya menjadi tanda tanya kerana pemain itu sendiri telah menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk,” katanya kepada Sinar Harian.

“Kami telah menawarkan kontrak lima tahun kepada Luqman dan menawarkan gaji lebih tinggi daripada apa yang kami tawarkan pada perbincangan awal sebelum ini.

“Apa yang pasti, Luqman bersetuju ke Belgium.

“Cuma dalam masa seminggu ini, kami dalam proses terakhir perbincangan dengan Selangor dan kesemua pihak positif untuk melihat dia menyertai kelab ini.”

Bagaimanapun, Vincent melu4hkan rasa kes4l terhadap khabar angin yang tersebar mengenai status Luqman sejak kebelakangan ini.

Perkara itu bermula apabila Luqman menandatangani ejen EL-EF Sport yang berpangkalan di United Kingdom.

Sejak dari itu, Luqman tiba-tiba dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle United dan Bayer Leverkusen.

“Secara peribadi, saya sangat kec3wa tentang apa yang berlaku kepada Luqman sepanjang satu atau dua bulan ini. Dia tidak berkomunikasi dengan kami melalui cara yang betul dan paling meng3jutkan ketika dia menandatangani ejen untuk dirinya.

“Saya tidak mahu menyalahkan Luqman memandangkan dia masih muda. Nasihat saya kepadanya supaya jangan sesekali membiarkan orang mengambil kesempatan terhadapnya dengan memberikan nasihat yang salah.

“Pihak pengurusan KV Kortrijk akan menjaga Luqman dengan baik dan sebagai rakyat Malaysia, saya tahu bagaimana mahu menjaga Luqman nanti.

“Impian saya adalah mahu menyaksikan Luqman bermain baik di Belgium dan menjadi pemain yang lebih bagus.”

Pada masa itu, Vincent turut memberi jaminan bahawa perpindahan Luqman ke Eropah tidak akan mengh4lang pemain itu daripada mewakili skuad B-19 negara bagi menghadapi Kejohanan B-19 AFC 2020 pada Oktober ini.

“Sudah pasti kebanyakan kelab tidak akan melepaskan pemain mereka apabila mereka dalam pertandingan tetapi saya lakukan ini demi kepentingan negara. Kita harus menyokong Malaysia.”

Sumber : https://football-tribe[.]com/malaysia/2020/06/30/ini-luahan-vincent-tan-mengenai-luqman-hakim/