Luqman Hakim Mungkin Tak Jadi Pergi

Rasa cinta peny3rang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin, untuk membantu skuad B-19 negara layak ke Piala Dunia B-20 tahun cukup jelas.

Jika itu yang menjadi keutamaan pemain kelahiran Kelantan berkenaan, ia secara langsung memberikan bayangan awal berkenaan masa depannya, sama ada mahu kekal bersama Selangor II atau berhijrah ke kelab Liga Belgium, K.V. Kortrijk.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Nadi Arena hari ini, Luqman Hakim berkata: “Buat masa ini, segala-galanya masih dalam perancangan, jadi ia sekarang ini tertumpu kepada pihak atasan”.

Setiap pemain mesti ada cita-cita, fikiran utama saya mestilah untuk bersama dengan skuad B-19 negara.

Sebelum ini, saya banyak bermain bersama mereka (skuad B-19), jadi kalau boleh, saya masih mahu bermain bersama mereka.

Setiap pemain pasti mahu pasukannya layak (ke Piala Dunia).

“Saya juga berharap seperti itu, saya mahu layak ke Piala Dunia bersama-sama mereka,” katanya.

Berita mengenai perpindahan Luqman Hakim ke kelab Liga Belgium itu menjadi topik utama yang digembar-gembvrkan sejak kebelakangan ini.

Pada hakikatnya, pemain berusia 18 tahun itu masih memerlukan banyak pendedahan dan pengalaman untuk menjadi aset terbaik negara pada masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini