“Maafkan saya”

Pasukan Kedah nampaknya akan merasai kehilangan pemain yang sangat bagus didalam dan diluar padang. Pemain yang dimaksudkan tersebut adalah Azmeer Yusuf. Beliau adalah seorang pemain yang sangat baik dan mempunyai kesantunan yang tinggi. Beliau mempunyai karakter tersendiri didalam padang. Seluruh peminat Kedah semestinya akan merindui beliau mulai detik sekarang. Ini adalah satu situasi yang amat perit untuk ditelan oleh seluruh peminat Hijau Kuning.

Assalamualaikum.. Dengan ini saya mengumumkan pengunduran saya dari pasukan Kedah FA. Keputusan ini bukanlah kerana masalah gaji, tetapi kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kpd perniagaan saya.

Saya doakan yg terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan2 di masa akan datang.

Ampun maaf dipinta kpd semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 🙏🙏

Kepada semua penyokong bolasepak Kedah FA, teruskan memberi sokongan kpd pasukan Kedah. Tanpa kalian, bolasepak tiada erti 🤝

Maafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan kalian.

Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah & saya bukan Legend anda. Tapi saya adalah sahabat kalian. Doakan segala urusan saya utk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah.

Pesanan saya yg terakhir kpd semua orang yg beragama islam. AGAMA KITA, KITA JAGA. Dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama Allah pada kita di Alam sana nanti.

Maafkan saya dgn keputusan ini 😭
PULUN KEDAH PULUN ! 🔰

Sumber : FB Azmeer Yusuf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini