Malaysia B-19 Kena “Ayam”

KUALA LUMPUR: Berdepan pemain dewasa yang jauh lebih berpengalaman memberikan pengajaran berguna buat skuad Bawah 19 (B-19) Malaysia ketika tumpas 1-6 dalam aksi persahabatan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) semalam.

Itu adalah ujian pertama anak-anak buah Brad Maloney dalam persiapan menghadapi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan, Oktober ini.

Pasukan muda negara akan diuji oleh Selangor II dalam aksi persahabatan kedua, Rabu depan.

Dalam perlawanan di Padang Persada PLUS, Subang itu Fakrul Iman Naszari meledak gol tunggal Malaysia B-19 pada minit ke-53.

Jaringan PJ City FC pula disempurnakan Mahali Jasuli (minit 36), Kogileswaran Raj (45, 65), Washington Brandao (47), Yugan Poobathy (87) dan Jeremy Lim (90).

Perlawanan itu turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Sumber : https://www.utusan.com.my/sukan/2020/08/malaysia-b-19-dapat-pengajaran-senior/