Malaysia waspada taktikal Indonesia

Singapura: Perubahan transisi dari bert4han ke formasi meny3rang dan sebaliknya adalah tumpuan utama skuad Harimau Malaya apabila turun menent4ng Indonesia di Stadium Nasional Singapura, di sini, Ahad ini.

Jelas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, corak permainan Indonesia dilihat ‘saling tak tumpah’ seperti sistem permainan digunakan Vietnam yang menew4skan Malaysia 0-3, Ahad lalu.

Katanya, untuk mengekang gerakan pemain Indonesia, anak buahnya perlu kekal fokus dan disiplin dalam 4ksi terakhir Kumpulan B itu.

“Jurulatih Shin Tae-yong (Indonesia) bawa ramai pemain muda dan dari segi kelajuaan mereka cukup pantas dan laju.

“Malah dari segi persiapan mereka juga terbaik, mereka sudah mengadakan latihan di Turki dan perlaw4nan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik.

“Itulah kalau kita lihat dua perlaw4nan awal mereka begitu bertenaga dan bersemangat dan yang penting mereka boleh mencipta banyak peluang gol. Kita ken4 berwaspada daripada ser4ngan ser4ngan mereka,” kata jurulatih dari Kedah itu.

Begitupun, Cheng Hoe tetap tenang dan yakin skuad bimbingannya mampu melepasi halangan Indonesia itu, dengan pengalaman pemain negara bakal meranapkan impian law4n.

“Bagi saya barisan jurulatih tahu sas4ran kali ini law4n Indonesia adalah kita wajib menang dan kita perlu fokus tentang perlaw4nan kita.

“Kita pun tahu corak permainan mereka seakan akan Vietnam tapi dari segi kualiti permainan mereka, saya rasa Vietnam ada kelebihan dan sudah tentu kita boleh beri tentangan dengan pemain-pemain Indonesia.

“Tetapi macam saya bagi tahu, transisi dalam bola sepak cukup penting. Setiap kali kita meny3rang kita perlu berh4ti-h4ti di pertahanan, dan el4k buat k3silapan-k3silapan di transisi itu,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di mana Malaysia menew4skan Indonesia sebanyak dua kali.

Kemenangan pertama dilakar pada 4ksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno dengan kejayaan 3-2, sebelum ia diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi kemenangan 2-0.

Sumber : HM