Man Utd bangkit

London: Bruno Fernandes meledak dua gol ketika Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Everton, 3-1 di Goodison Park, sebentar tadi.

Bernard meledak gol pembukaan buat Everton sebelum Fernandes menanduk masuk gol penyamaan.

Pemain tengah United itu meledak gol kedua berpunca dari gerakan Marcus Rashford untuk menjadi kedudukan 2-1.

Pemain gantian Edinson Cavani menambah gol ketiga United pada minit akhir kecederaan selepas Lucas Digne gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

United kekal di kedudukan pertengahan carta liga selepas mencatat kemenangan ketiga pada musim ini sementara Everton kekal di tangga kelima sekali gus mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga.

Sumber :https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2020/11/639282/man-utd-bangkit-benam-everton