Marcel Kalonda Bersedia

Marcel Kalonda sedia membuktikan keupayaan kepada FAM selepas menyerahkan beberapa dokumen kepada badan bolasepak negara itu.

Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menyerahkan sijil kelahiran dia dan datuknya, sijil perkahwinan ibu bapa, pasport dan surat daripada Persatuan Bolasepak Demokratik Republik Congo.

“Saya dah serahkan semua dokumen yang dikehendaki oleh FAM. Sekarang saya hanya menunggu pengesahan dan kelulusan sebelum datang ke Malaysia,” katanya kepada Arena Metro.

“Saya percaya sudah bersedia dan akan beri aksi terbaik dalam sesi ujian dan pasukan Malaysia kelak.”

Sebelum ini FAM mengesahkan Kalonda berjaya menghantar dokumen rasmi berkaitan dengan latar belakang pemain.

Ini bermakna, Kalonda hanya perlu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan jawatankuasa teknikal bagi menjalani sesi ujian.

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/06/23/marcel-kalonda-sedia-buktikan-keupayaan/