Masih Ada Gagal Capai Kata Sepakat

Walaupun Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan status perbincangan isu pemot0ngan gaji daripada semua pasukan, masih ada pasukan Liga Malaysia yang gagal untuk mencapai sebarang kata sepakat berhubung perkara tersebut.

Laporan BH Sukan mendedahkan ada pemain yang engg4n menerima jumlah peratusan pemot0ngan gaji yang dicadangkan pihak pengurusan.

“Memang semua pasukan menghantar dokumen isu pemot0ngan gaji tetapi hakikatnya, ada pasukan yang gagal buat pemot0ngan gaji pemain,” kata sumber kepada BH Sukan.

“Bagi pasukan yang dapat buat pemot0ngan gaji, mereka mengemukakan dokumen di mana pemain bersetuju dengan jumlah peratusan yang dipot0ng dan tempoh pemot0ngan yang dikenakan.

“Tapi ini tidak bermakna pasukan yang gagal mendapatkan persetujuan tidak mengadakan perbincangan bersama pemain mereka. Mungkin ada pemain yang tidak bersetuju dengan peratusan gaji yang perlu dipot0ng ataupun tempoh pemot0ngan yang akan dibuat.”

Sekretariat Agung FAM akan meneliti laporan pemot0ngan gaji setiap pasukan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Setakat ini, beberapa pasukan sudah membuat pemot0ngan gaji terhadap pemain iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), UKM FC, Kuching FA, Melaka United dan Felda United.

Sumber : football-tribe