Masih Milik Kerajaan Negeri

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syed Yussof Syed Othman menganggap kedudukan kewangan syarikat Flumen Holdings tidak berada dalam keadaan kukuh untuk mengambil alih pasukan.

Beliau berkata, perkara itu boleh dibuktikan menerusi permintaan Flumen yang mahu mencag4rkan tanah milik Perbadanan Kemajuan Perbadanan Kedah (PKNK) kepada institusi kewangan yang boleh membawa ris!ko tanah itu tergad4i.

Bukan itu sahaja, Syed Yussof berpandangan bahawa pelaburan dalam projek usaha sama yang dicadangkan syarikat itu juga mer4gukan sehingga pihaknya perlu berbincang bersama Menteri Besar, Sanusi Md Nor sebelum membuat keputusan untuk menamatkan rundingan tersebut.

“Umum mengetahui bahawa Flumen telah mengemukakan cadangan untuk mengambil alih 80 peratus pegangan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dalam Kedah Darul Aman FC (KDA FC),” katanya dalam kenyataan.

“Sebagai timbal balik, antara permohonannya adalah untuk pengambilalihan berkenaan ialah dua bidang tanah milik PKNK iaitu satu berhampiran pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sungai Petani dan satu lagi di Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

Syed Yussof berkata, bagi tanah berhampiran pejabat LHDN Sungai Petani, PKNK secara lisan menawarkan dengan nilai RM25 sekaki persegi mengikut kadar nilai pasaran semasa kepada Flumen.

Bagaimanapun jelasnya, Flumen meminta PKNK memberikan mereka harga RM10 sekaki persegi, iaitu bukan berdasarkan harga pasaran daripada penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Alasan mereka ialah baki RM15 sekaki persegi yang ditolak daripada harga mengikut nilai pasaran akan digunakan bagi tujuan membiayai KDA FC.

“Harga yang diminta, jika diterima sudah tentu akan menyebabkan kerug!an yang sangat besar kepada PKNK,” katanya.

Bagi tanah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Flumen meminta supaya tanah itu ditukarkan daripada syarat pertanian kepada industri.

Syed Yussof berkata, selepas ditukar hak pemilikan, tanah itu kemudian akan dicag4rkan kepada institusi kewangan dan PKNK akan diberikan pegangan ekuiti 20 peratus dalam projek usahasama automotif yang akan dibangunkan di tapak berkenaan.

“Daripada ‘due diligence’ yang dilakukan, didapati tahap kebolehlaksanaan syarikat berkenaan untuk projek pemasangan kenderaan dari China, pemasangan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kilang peluru untuk ATM yang dicadangkan di tapak berkenaan adalah mer4gukan.

“Tanah yang sedia dimiliki oleh PKNK boleh tergad4i sedangkan pelaburan dalam projek usahasama yang dicadangkan itu juga mer4gukan seperti kata pepatah ‘yang dikendung tidak dapat, yang dikejar berciciran’.”

Keputusan untuk menamatkan rundingan itu menyebabkan pasukan Kedah kekal diuruskan oleh KDA FC, yang ditubuhkan oleh Kedah FA dan masih dibiaya oleh kerajaan negeri.

Sumber : football-tribe