Minta izin nak ludah ustaz

KUALA LUMPUR, 29 April — Pelakon Usop Wilcha secara berseloroh memohon kepada polis untuk melud4h dan menghumb4n Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary ke dalam sungai sekiranya dirinya bert3mbung dengan pendakwah bebas itu.

Usop berkata demikian di media sosial sambil turut memuat naik foto Abu Syafiq.

“Kepada @PDRMsia, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.

“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” katanya di Twitter.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan alasan pelakon tersebut mahu bertindak sedemikian. Sebelum ini, Abu Syafiq tular di media sosial selepas didakwa mengkr!tik kerja amal dilakukan individu tertentu ketika negara menguatkuasakan Per!ntah Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Katanya, tindakan mend3dahkan identiti penerima bantuan juga adalah suatu yang tidak wajar.

Sumber : msn