MU perlu diperkuat

PENGURUS United, Ole Gunnar Solskjaer bersetuju dengan pendapat Gary Neville bahawa skuad bimbingannya perlu diperkuatkan jika mereka mahu muncul selaku pasukan pencabar kejuaraan musim depan.

United mempamerkan aksi menakjubkan apabila menewaskan Bournemouth 5-2 sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah sepanjang 16 perlawanan di semua pertandingan.

Nama Bruno Fernandes yang tiba Januari lalu sering disebut-sebut sebagai pencetus kepada perubahan United namun Nevilla berasakan masih ada beberapa pemain kurang memberi cabaran kepada pasukan seperti Liverpool dan kelab jiran mereka, Manchester City.

“Apa yang Gary katakan adalah benar dan sudah tentu kami tidak boleh melihat hanya kepada kedudukan sekarang.

“Jika anda melihat kepada kedudukan liga, kami tidak berada di tempat sepatutnya.

“Faktor konsisten perlu diperbaiki dan kami perlu memperbaiki banyak lagi aspek lain.

“Saya tidak pasti berapa mata kami ketinggalan dengan dua pasukan teratas. Tapi apa yang Gary katakan adalah betul, iaitu kami tidak boleh berasa puas dengan pencapaian ketika ini. Masih banyak lagi perlu dilakukan.

“Memang ada peningkatan tetapi kami memerlukan satu, dua atau lebih keputusan yang lebih baik,” katanya.

United dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi untuk memperkuatkan pasukan termasuklah bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/07/596774/man-united-perlu-diperkuat-untuk-raih-kejuaraan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Ikuti kami di Channel Telegram Informasi Terkini klik: https://t.me/informasikini