Mungkin dikaji semula kontrak membebankan

MENTERI Besar Kedah yang baharu dilantik Muhammad Sanusi Md Nor mahu sesiapa sahaja calon yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), mampu membawa masuk penajaan demi mengukuhkan kedudukan kewangan persatuan berkenaan.

Beliau yang diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei lalu berkata, faktor kewangan merupakan perkara sangat penting demi mengukuhkan pentadbiran dan kedudukan pasukan yang sinonim dengan gelaran ‘Hijau Kuning’ atau Lang Merah itu.

“Saya amat berharap mereka yang bakal dicalonkan dan menerima jawatan sebagai presiden persatuan boleh membawa masuk penajaan ke dalam persatuan demi mengukuhkan kedudukan pengurusan.”

“Individu terbabit perlu berkeupayaan menarik penajaan ke dalam pasukan dan isu penting dalam KFA sekarang ini adalah penajaan dan sumber kewangan.”

“Bukan sekadar menduduki jawatan kerana yang penting adalah keupayaan diperlukan bagi mengukuhkan keadaan kewangan dan kerajaan negeri sekarang ini pun berdepan kek4ngan berkenaan,” katanya.

Sanusi yang juga cend3rung dalam bidang sukan antaranya sepak takraw, futsal, ragbi, badminton dan lain-lain, juga mengakui beliau bagaimanapun tetap bersedia menyahut cab4ran sekiranya namanya dicalonkan sebagai Presiden KFA selepas ini.

“Kalau ada pencalonan melibatkan nama saya, saya akan sahut cab4ran itu. InsyaAllah saya akan terima dan kalau tak ada pun tak apa.”

“Saya akan tengok balik kontrak ditandatangani sebelum ini dan yang mana membeb4nkan dan tak boleh diteruskan kemungkinan akan dikaji semula.”

“Saya seperti seluruh rakyat Kedah yang lain mahu negeri Kedah terus maju dalam semua sukan dan InsyaAllah kita akan kekalkan momentum ‘Kedah Serata-Rata’ yang kita laungkan selama ini.”

Sanusi yang merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri berusia 46 tahun turut mahu melihat lebih ramai bakat muda dicungk!l dan diberi peluang yang luas dalam bidang sukan demi menaikkan nama negeri Kedah di peringkat negara dan antarabangsa.

Sumber : https://www.hmetro[.]com.my/arena/2020/05/582683/sanusi-sedia-pulih-reputasi-kfa