Mungkin Ini Pasukan Baru CR7

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) membuka pintu untuk perpindahan sensasi buat Cristiano Ronaldo.

Pemain sayap Juventus terus dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke juara Ligue 1 yang suka berbelanja besar itu.

Dan pengarah sukan, Leonardo percaya PSG adalah satu daripada sebilangan kecil pasukan yang boleh meralisasikan perjanjian itu.

Dia memberitahu PSGTV: “Hari ini dalam bola sepak kita tidak tahu apa yang akan terjadi.

“Mungkin esok Cristiano Ronaldo bangun tidur dan berkata saya mahu bermain di tempat lain.

“Siapa yang mahu membelinya? Ia satu putaran tertutup.

“PSG memasuki kelompok itu. Biasanya ia mengenai peluang, situasi.

“Pasaran perpindahan pemain, kami perlu bersedia untuknya dan itulah yang kita lakukan. Kami ada keutamaan, senarai kami, tapi sesuatu yang tidak nampak boleh berlaku.” – AGENSI

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/11/752914/ronaldo-bakal-sertai-psg