Natxo Terima Padah!

Tindakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa yang dilihat ‘ menolak’ pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin mengundang pad4h selepas pemain itu dikenakan pengg4ntungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu selepas jawatankuasa itu bersidang hari ini.

Baljit dalam kenyataannya menjelaskan pemain berd4rah campuran itu melangg4r Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan membabitkan Perak FC menent4ng JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

“Pemain itu itu dikenakan hukvman pengg4ntungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan menentang Perak FC itu.

“Jawatankuasa memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan pengg4ntungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” katanya.

Mengulas mengenai pengg4ntungan dua perlawanan itu, Baljit berkata pemain itu dig4ntung secara automatik bagi aksi Liga Super membabitkan JDT menentang Melaka United FC pada malam esok.

“Baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini. Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Pemain ini juga diberi amar4n keras dan hukvman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan,” katanya.

Sumber: BH