Nilai Cecah Jutaan Ringgit

Nilai Cecah Jutaan Ringgit Malaysia!!

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan kos untuk menggantikan bumbung polikarbonat serta pendawaian elektrik pada bumbung Stadium Shah Alam mencecah RM30 juta.

Ini bermakna, jika jumlah itu ditambah dengan kos menaik taraf stadium keseluruhan, ia dijangka mencecah RM250 juta.

Malah, Amirudin mengakui proses baik pulih bumbung sahaja memakan masa sekurang-kurangnya setengah tahun.

“Memang perlukan masa agak panjang,” katanya kepada Bernama.

“Untuk ubah bumbung sahaja mengambil masa antara empat sehingga enam bulan untuk disiapkan.

“Kalau kita ingin membaiki bumbung, kita juga perlu lihat proses pendawaian pada keseluruhannya sebab ia akan mendedahkan kesemua wayar elektrik stadium.

“Sebab itu kita minta pasukan Selangor berpindah sementara ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum kembali ke Stadium Shah Alam pada 2022 atau 2023.”

Menjelang saingan Liga Super yang akan bersambung pada 26 Ogos, Selangor dijangka menggunakan Stadium UiTM atau Stadium Selayang sehingga ke penghujung musim.

Sumber : https://football-tribe.com/malaysia/2020/08/07/rm30-juta-baik-pulih-bumbung-stadium-shah-alam/