Nwakaeme Jelas Rindukan TRW

Bekas peny3rang Kelantan, Dickson Nwakaeme mengharapkan jaguh Pantai Timur itu dapat b4ngkit untuk kembali sebagai gerg4si bola sepak tempatan.

Skuad The Red Warriors (TRW) pernah dijulang sebagai antara pasukan terbaik liga tempatan namun kegemilangan mereka kian pud4r selepas berdepan masalah kewangan dan ketika ini beraksi dalam Liga Perdana.

Dickson yang kini beraksi bersama pasukan Pahang jelas merindui skuad Kelantan yang sebelum ini gah dan mendoakan mereka dapat mengharungi detik suk4r yang dihadapi ketika ini.

“Saya berdoa dan mengharapkan Kelantan dapat bangkit dengan lebih baik. Penyokong Kelantan memang hebat. Mereka patut dapat lebih daripada ini,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama, Dickson menyertakan gambarnya sedang memeluk bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan gambar pasukannya meraikan kejuaraan menjulang Piala FA 2013.

Ketika ini, KAFA yang sedang diterajui pengurusan baharu perlu men4nggung hutang RM5 juta membabitkan tungg4kan gaji bekas pemain tempatan dan import.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah mengarahkan mereka membayar tuntutan tiga bekas pemain importnya setakat ini iaitu Francisco Cassio de Jesus (RM629,620.28), Bruno Lopez (RM141,103.60) dan Alaeddine Bouslimi (RM157,380).

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/06/700462/nwakaeme-doakan-kelantan-bangkit-kembali