Orang Baru Tok Gajah Hampir Pasti

KUANTAN: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hampir pasti mengikat kontrak bekas penyerang import kelahiran Argentina, Sergio Ezequiel Ag├╝ero bagi menguatkan jentera serangan skuad Tok Gajah musim depan.

Perbincangan dengan penyerang berusia 26 tahun sudahpun diadakan dengan persetujuan berjaya dicapai. Dia sebelum ini pernah beraksi bersama Melaka United (2017), Selangor United (2018), Pulau Pinang (2019) dan KL Rovers dalam saingan Liga M3.

Turut menarik minat PBNP bagi mengisi kelibat beberapa pemain Tok Gajah yang digugurkan musim depan ialah bekas arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck. Perbincangan bersama pemain berdarah campuran England-Malaysia itu juga dikatakan sudah dilakukan.

Bagi pemain tempatan merangkumi pemain muda FELDA United dan UiTM FC kini dalam radar untuk dipikat. Usaha PBNP mengumpul pemain muda sebagai persediaan jangka panjang kerana mereka inginkan pencapaian kejayaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun.

Kini peminat skuad Tok Gajah menunggu senarai barisan kejurulatihan musim depan, dengan kedudukan jurulatih Dollah Salleh dan pembantunya Ahmad Yusof masih belum diketahui. Nasib mereka dijangka ditentukan pucuk pimpinan PBNP dalam masa terdekat.

Musim ini PBNP menamatkan kontrak penyerang kelahiran Pulau Pinang, Mohd Faisal Abdul Halim dan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme. Sebelum itu Tok Gajah kehilangan Mohamadou Sumareh yang menyertai kelab Thailand, Police Tero.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/11/757058/tok-gajah-sedia-ikat-sergio-ag%C3%BCero