Ini Peluang Kepada Pemain Gaji Tertunggak

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam mengesahkan setiap pemain Liga Malaysia mempunyai peluang untuk menyertai tiga pasukan berbeza dalam satu musim, berbanding dua pasukan yang dibenarkan.

Kebenaran itu dibuat berdasarkan keputusan FIFA bagi memberi peluang kepada pemain yang menghadapi masalah kewangan, tungg4kan gaji atau dilepaskan dari pasukannya kerana wab4k COVID-19.

Stuart berkata FAM akan turut mengguna pakai keputusan itu, namun akan mengkaji terlebih dahulu keadaan Liga Malaysia.

“Antara situasi yang mungkin menyebabkan pemain bermain tiga kelab sebagai contoh pemain Ali bermain dengan pasukan A sebelum dipinjamkan ke pasukan B namun akibat pand3mik Covid-19, dia dijual pula kepada pasukan C,” katanya kepada Arena Metro.

“Sekiranya keputusan itu dikuatkuasakan, kita harus mengikutinya namun perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum meneruskannya.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.