Peluang untuk pasukan Liga

Penyokong pasukan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi tidak dibenarkan ke stadium walaupun terdapat beberapa kawasan menunjukkan penurunan kes C0v-19 atau bukan lagi dalam status Perint4h Kaw4lan Perger4kan Diperk3tatkan (PKPD).

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, perlawanan Liga M yang akan bersambung hujung bulan ini akan lebih ketat kawalan keselamatan berbanding sebelum ini.

Hal ini kerana, MFL tidak mahu timbul masalah lain terutama terdapat dalam kalangan pemain atau pegawai pasukan termasuk individu yang terbabit dengan perlawanan berkenaan positif Covid-19.

“Paling penting saingan Liga M boleh berlangsung seperti biasa dengan kawalan keselamatan lebih ketat bagi membendung penul4ran Cov-19.

“Malah, pergerakan pemain dan pegawai pasukan juga dipantau dan memerlukan kebenaran daripada pihak polis untuk merentas negeri jika perlawanan di tempat lawan.

“Sekarang ini juga, semua pasukan berlatih dalam gelembung sukan dengan mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga atau individu lain sehingga saingan Liga M tamat,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, Ghani berkata, semua pasukan dibenarkan untuk membuat siaran langsung di laman media sosial atau platfom striming untuk baki perlawanan musim ini.

“Pihak MFL berharap ini membolehkan lebih peminat menyaksikan perlawanan dan juga dapat membantu kelab Liga Perdana memberi pulangan komersial kepada penaja masing-masing,” katanya.

Sumber : HM