Pemain Import Baharu Selangor

Kuala Lumpur: Jent3ra tengah Selangor FC dijangka bertambah ampuh apabila dikhabarkan bekas pemain Real Zaragoza di La Liga, Oliver Buff adalah tonggak import baharu yang bakal menyertai pasukan itu musim depan.

Kehadiran pemain kreatif itu sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong setia Red Giant bagi melengkapkan kouta import pasukan terbabit.

Untuk rekod, Buff dilihat cukup berpengalaman di pentas antarabangsa apabila pernah menganggotai skuad remaja Switzerland dalam beberapa kejohanan termasuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Dia yang berusia 28 tahun juga adalah tonggak utama kejayaan kelab gergasi di Switzerland, FC Zurich apabila membantu kelab itu menjuarai Piala Swiss sebanyak dua kali pada musim 2013–14 dan 2015–16.

Difahamkan, Selangor menawarkan kontrak selama dua tahun buat pemain itu yang akan menggantikan tempat Sandro Da Silva yang kemungkinan berpindah ke Sarawak United.

Bagaimanapun sehingga kini, status masih menjadi teka-teki dengan pengurusan Selangor masih merahsiakan identiti awang import baharu mereka.

Minggu lalu, pasukan juara Piala Malaysia sebanyak 33 itu mengumumkan pertahanan baharu dari Jerman, Tim Heubach menjadi pilihan skuad Merah Kuning.

Heubach akan menggantikan tempat seorang lagi awang import, Taylor Regan yang tidak lagi bersama pasukan pada sa!ngan musim depan.

Selain Heubach, Selangor sudah memiliki dua awang import iaitu penj4ring terbanyak liga musim ini, Ifedayo Olusegun dari Nigeria dan tonggak tengah Singapura, Safuwan Baharudin.

Sumber-BH