Pemain profesional paling tua

TOKYO: Kazuyoshi Miura menjadi pemain tertua yang pernah muncul dalam perlawanan piala profesional dengan usianya 53 tahun.

Bintang Jepun itu dilahirkan pada tahun 1967, memulakan kariernya pada 1982 dan kini memasuki musim ke-35 sebagai pemain profesional.

Miura menandatangani kontrak baharu di Yokohama pada Januari untuk meneruskan kariernya yang panjang.

Agak luar biasa, penyerang veteran itu memulakan perlawanan pada Rabu lalu menentang bekas kelab Fernando Torres, Sagan Tosu.

Miura beraksi lebih dari satu jam sebelum digantikan dengan kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

Dia yang digelar sebagai ‘King Kazu’ memulakan kariernya di Club Atletico Juventus di Brazil pada tahun 1982.

Dia berhijrah ke kelab gergasi Brazil, Santos pada 1986 dan membuat penampilan sebanyak 89 kali bersama pasukan antarabangsa Jepun, dengan meledak 55 gol.

– AGENSI

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/08/719302/king-kazu-pemain-bola-sepak-profesional-paling-tua