Pemain St Louis FC sah sertai kem latihan negara

Pengurus pasukan skuad B-18 negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengesahkan bahawa Wan Kuzri Wan Kamal akan menyertai kem latihan pusat menjelang Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober depan.

Ini selepas pemain akademi kelab Amerika Syarikat, St Louis FC itu menyatakan hasrat untuk mewakili negara.

“Pasti, kami sedang menunggu dan dalam proses terakhir membawanya pulang dan beliau bersedia mewakili Malaysia,” katanya kepada BH Sukan.

Pemain dijangka menyertai kem latihan secara kuarantin pada hujung bulan ini.

Dalam Kejohanan B-19 AFC 2020, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.