Pemain terkaya dunia kini tiada kelab

London: Impian pemain terkaya dunia untuk membina karier dalam arena bola sepak terjej4s susvlan pengumuman dia akan meninggalkan pasukannya ketika ini.

Faiq Bolkiah menjadi terk3nal selepas dia menyertai akademi Southampton dan pernah bersama Arsenal serta Chelsea sebelum menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Leicester.

Anak saudara Sultan Brunei itu dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai £13 bilion (RM72.8 bilion).

Dia berhijrah ke kelab Maritimo selepas dilepaskan oleh Foxes pada musim panas lalu tanpa membuat walau satu penampilan.

Harapan Faiq untuk memperoleh peluang lebih baik kembali terjej4s selepas kontraknya bersama kelab Portugal itu sudah dibatalkan.

Maritimo yang menduduki tangga ke-15 daripada 18 pasukan ber4ksi di Liga Primera menerusi satu kenyataan berkata: “Kami sudah mencapai persetujuan dengan Faiq Bolkiah untuk membatalkan kontraknya.

“Kami berterima kasih kepadanya atas usaha dan dedikasi yang ditunjukkannya sepanjang bersama kelab dan mendoakan kejayaannya.”

Kelab tidak menyatakan sebab utama pembatalan kontrak itu yang meny4ksikan pemain berusia 23 tahun itu gag4l membuat penampilan bersama skuad utama dan hanya ber4ksi sebanyak dua kali dengan pasukan B.

Sumber – HM