Penyokong TFC tidak gembira kehadiran Kipre

Kehadiran semula Kipre ke skuad TFC nyata memberi respon yang kurang senang di kalangan peminat bola sepak pasukan tersebut. Kipre yang dilepaskan oleh pasukan KDA FC bakal kembali ke bumi skuad penyu bagi bergandingan dengan Kpah Sherman yang juga bekas penyerang pasukan KDA FC.

Hasil tinjauan di laman sosial, peminat Terengganu FC nyata tidak puas hati dengan kehadiran semula bekas penyerang mereka itu.

“Kekalkan Mintah, kenapa ambil semual Kipre” – Mohd Lazim. Ini adalah salah satu respon yang dapat diluahkan oleh seorang peminat bola sepak TFC. Beliau mahukan pengurusan TFC untuk mengekalkan Jordan Mintah dalam pasukan TFC I.

Khabar angin mengatakan Jordan Mintah akan dipinjamkan ke sebuah pasukan liga super lain bagi musim 2022. Kita dapat lihat ciapan pada laman sosial Jordan Mintah yang tampak ada sesuatu perkara yang mahu diluahkan oleh beliau.

Peminat TFC dilihat lebih memilih gandingan Kpah Sherman bersama Jordan Mintah. Mereka berpendapat bahawa Mintah adalah lebih bagus daripada Kipre. Selain itu, Mintah juga mempunyai skil tersendiri dalam mengambil sepakan percuma. Beliau berjaya membuktikan kepakaran beliau ketika TFC bertemu Selangor dengan menjaringkan 2 gol melalui sepakan percuma.

Video kredit : Durian Pink

Selain itu juga, peminat menyarankan supaya pihak pengurusan Terengganu FC meneliti semula calon pemain import yang akan ditandatangani bagi mengelakkan berlaku kerugian kepada pasukan.

Pemburu Bayang meberi reaksi balas mengatakan bahawa Kipre bermain “huru hara” semasa beliau bersama pasukan KDA FC.