Perak Umum Beberapa Pemain

Pasukan Perak sudah memulakan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan dimana mereka mengumumkan beberapa pemain utama kekal bersama pasukan.

Baru-baru ini, Perak menerusi laman media sosial rasmi pasukan mengumumkan penyerang import, Guilherme de Paula kekal bersama skuad The Boss Gaurus sekaligus terus mengemudi jentera serangan musim hadapan.

Sebelum ini skuad kendalian Mehmet Durakovic dilaporkan mencari pemain import baharu dimana nama penyerang Kedah, Kipre Tchetche dikaitkan dengan pasukan tersebut.

Namun, usaha untuk membawa Kipre tidak kesampaian manakala penjaring terbanyak pemain tempatan dalam saingan Liga Super, Shahrel Fikri telah menyertai Selangor, maka juara Piala Malaysia 2018 itu memutuskan untuk mengekalkan khidmat Guilherme de Paula.

Selain mengekalkan de Paula, Perak juga memberikan kontrak lanjutan kepada pemain import lain seperti Leandro Dos Santos serta Careca.

Bagi pemain tempatan pula, Perak berjaya mengekalkan pemain seperti ketua pasukan, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Amirul Azhan, Hafizul Hakim dan Firdaus Saiyadi.

Sumber : https://www.vocketfc.com/guilherme-de-paula-kekal-bersama-perak-musim-hadapan/