Pesanan Lagenda Helang Merah

ALOR SETAR: Klip video pesanan ‘stay at home’ bekas legenda pemain import Kedah menjadi antara koleksi berharga buat penyokong Lang Merah sepanjang tempoh Perin4ah K4walan Pergerakan (PKP).

Antara pengumpul koleksi ucapan berkenaan ialah Mohd Shahril Abd Wahid atau dikenali Ariel dari Alor Setar yang berusaha mengeratkan hubungan antara penyokong serta bintang import yang pernah satu ketika dulu mengharumkan nama Kedah. “Saya kerap mengikuti perkembangan bekas pemain import Kedah dan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka walaupun sudah lama mereka tidak bersama pasukan.

 

Video bekas penyerang import Kedah, Marlon Alex James menasihati penyokong Kedah 'Stay At Home'

Video bekas penyerang import Kedah, Marlon Alex James menasihati penyokong Kedah 'Stay At Home'. – Video Ihsan Rohaizadhttps://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/678372/legenda-import-kedah-pesan-stay-home

Posted by Berita Harian Online on Friday, 17 April 2020

 

“Jadi, masa terluang di sebalik kebosanan tanpa perlawanan yang dihentikan akibat wabak COVID-19 ini saya gunakan untuk bertanyakan khabar serta perkembangan semasa mereka di negara masing-masing.

“Antara klip video pesanan ‘stay at home’ yang saya peroleh daripada legenda ‘double treble’ paling berpengaruh musim 2007/2008 Marlon Alex James, pemain tengah Nelson Sam Martin yang kini berada di Langkawi, bekas jurulatih Kedah dari Croatia musim 2012, Marijo Tot dan pemain import musim 2012 kelahiran Perancis Safi AbdelFatah yang membuat ucapan dari Perancis,” katanya.

Ariel berkata, dia teruja apabila kebanyakan pemain legenda Kedah masih mengingati Kedah dan merindui suasana bersama penyokong Kedah di mana mereka turut memainkan peranan masing-masing dalam memberi nasihat berguna kepada seluruh penyokong di Malaysia ketika ini.

“Kami sangat menghargai pesanan yang mereka lakukan secara spontan dan ini menimbulkan suasana yang bersemangat dalam kalangan penyokong yang terbayang aksi lincah mereka di padang satu ketika dulu, sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Pesanan ringkas yang mereka nyatakan ini cukup mengubati kerinduan kami sebagai peminat yang menantikan perkembangan semasa mereka.

Selain video berkenaan, saya juga sedang berusaha menghubungi beberapa pemain import lain seperti Vedran Gerg dan Alan Guc untuk bertanyakan khabar mereka sepanjang COVID-19,” katanya.

Sumber : BH