PKP ‘Dil0nggarkan Sedikit’

KERAJAAN menetapkan Per!ntah Kaw4lan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei ini, namun memberi sedikit kel0nggaran terhadap dua perkara sahaja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kel0nggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan untuk rakyat yang terk4ndas di kampung.

Pertamanya, beliau berkata, pelajar IPT yang kini masih kampus, boleh pulang ke rumah masing dengan proses yang dirancang dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, ketika ini hampir 100,000 pelajar masih terk4ndas di kampus masing-masing, justeru kerajaan perlu memastikan kepulangan mereka teratur dan tidak beris!ko jangk!tan Covid-19.

“Sebelum pulang, mereka akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak gejala sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

“Kebenaran untuk membolehkan pelajar itu pulang akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan semua pulang dengan selamat,” katanya dalam Perutusan Khas Ramadan di RTM, malam ini.

Keduanya, Muhyiddin berkata, bagi yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini.

Beliau berkata, kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terper4ngkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Katanya, Pergerakan ini tentunya akan melibatkan jumlah yang besar. Oleh itu, kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan saudara-saudari.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terlibat boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan oleh PDRM, atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

sumber: HM

“Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian-hentian di lebuh raya. Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Menurut beliau, Butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kel0nggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, Sedikit kel0nggaran. Bukan terlalu l0nggar,” katanya.