Pogba ke Juventus

MANCHESTER: Karier Paul Pogba di Manchester United tampak sudah berakhir.

Walaupun sebelum ini dikatakan pemain itu dan kelabnya sudah mencapai persetujuan, namun kedua-dua pihak lebih suka jika berp!sah.

Tawaran sekitar £100 juta pound (RM510 juta) akan menyaksikan United pantas mahu melakukan perjanjian dengan pemain yang kontraknya akan tamat musim panas depan.

Red Devils juga ada pilihan untuk menyambung kontrak setahun tetapi ia sekadar untuk melindungi nilai pemenang Piala Dunia dari Perancis itu.

Real Madrid dan Juventus masih berminat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 27 tahun itu dan percaya mereka mampu mengembalikan semula bakatnya.

Pogba menyertai semula United dari Juventus pada 2016 dengan harga £89 juta poound (RM454.64 juta), gagal berpindah Julai tahun lalu apabila nilainya diletakkan pada harga £180 juta pound (RM919.50 juta).

Sejak itu, dia hanya bermain lapan perlawanan, selebihnya bergembira di Miami, berlatih dengan basikal di Dubai dan menari pada majlis perkahwinan abangnya.

Semalam dia memuatnaik video sedang berlatih sambil memakai jersi Juventus dengan nama ‘Matuidi’ di belakang sambil menegaskan dia mendapat sokongan rakan sepasukan Perancis, Blaise Matuidi.

Bos United, Ole Gunnar Solskjaer mahu membentuk era baharu walaupun tidak mengkr!tik Pogba secara terbuka. – AGENSI