Polis Buka Kertas Siasatan

Polis sudah membuka kertas sias4tan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa mel4nggar arahan kuar4ntin wajib C0v-19.

Timbalan Pengarah (Sias4tan dan Perundangan) Jabatan Sias4tan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata si4satan dimulakan pada 5 Oktober lalu, terhadap satu kenyataan membabitkan isu berkenaan yang tular menerusi media sosial.

“Sias4tan lanjut masih dijalankan untuk mendapatkan keterangan saksi dan dokumen berkaitan mengikut Seksyen 15 serta Seksyen 22(B) Akta Penc3gahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988.

“Ia bagi kesalahan tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa,” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, BH memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya masih meneliti kes membabitkan Amirudin, termasuk permohonan maaf dibuat Menteri Besar itu di media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Amirudin dalam mesej Twitter pada 4 Oktober, memohon maaf kerana terpaksa keluar dari kuarantin pada malam berkenaan bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar dalam hantaran yang sama, beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelindung dan pelitup muka, manakala kedua-dua ujian s4ringan yang dijalaninya menunjukkan keputusan negatif.

Amirudin turut memaklumkan, beliau melawat LRA Sungai Semenyih bagi meninjau situasi penc3maran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745055/polis-siasat-mb-selangor-dakwaan-langgar-kuarantin