Positif C0V-19 Pulak!!

PERTAHANAN Barcelona, Samuel Umtiti didapati positif c0v-19, umum kelab itu hari ini.

“Selepas ujian PCR dikeluarkan semalam pemain dalam skuad utama Samuel Umtiti didapati positif c0v-19. Pemain berkenaan tidak mempunyai sebarang simpt0m, dia berada dalam keadaan sihat dan diasingkan di rumah,” menurut kenyataan kelab itu.

“Pihak kelab sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan sukan dan kesihatan termasuk mengesan semua orang yang mempunyai kontak rapat dengan pemain itu supaya menjalani ujian PCR yang ditetapkan.”

Umtiti tidak melakukan perjalanan di mana-mana termasuk Lisbon berikutan ced3ra, ketika Barcelona berdepan Bayern Munich pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara.

Dia dikesan mengal4mi w4bak pand3mik itu selepas pemain skuad muda Barca, Jean-Clair Todibo turut didapati positif pada Rabu lalu.

Ia susulan beberapa keputusan positif pand3mik itu membabitkan kelab Sepanyol sejak beberapa minggu lalu selepas Real Madrid, Atletico Madrid, Sevilla, Valencia dan Athletic Bilbao antara kelab yang dilaporkan kes terbabit.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/arena/2020/08/610497/pertahanan-barcelona-positif-c0v-19