Ramainya Keluar Parti

SHAH ALAM – Sebahagian ahli dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Kota Raja di sini mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Salah seorang ahli, Shahul Hameed Abdul Wahab yang merupakan jurucakap kepada kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak demikian berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu di peringkat pusat.

“Sebahagian besar akar umbi melibatkan cawangan Bersatu di Kota Raja keluar parti disebabkan tidak yakin dengan kepimpinan yang sedia ada dan mengingkari mandat rakyat yang diberikan.

“Kepimpinan juga dilihat tidak menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad dan bersekongkol dengan parti lain yang sebahagiannya dibarisi oleh mereka yang kleptokrat,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Orang Ramai Zon B Taman Sri Muda di sini hari ini.

Shahul Hameed juga mendakwa lebih 500 ahli Bahagian Bersatu Kota Raja juga mengambil keputusan keluar parti.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dalam kenyataan melalui WhatsApp hari ini berkata, pihaknya akan mengadakan sidang akhbar esok berhubung perkara berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95862/BERITA/Politik/Ahli-Bersatu-Kota-Raja-keluar-parti-dakwa-500-orang-turut-serta © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf