Rasa Rindu dan Amat Membuak

MELAKA: Berita Liga Malaysia bakal disambung melegakan bekas peny3rang Melaka dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazrin Nawi yang kini menyertai skuad Kelantan musim ini.

Baginya, sebagai pemain bola sepak profesional dia sememangnya tidak sabar untuk beraksi selepas sekian lama berehat susulan wab4k COVID-19 yang mel4nda negara dan dunia.

Menurutnya, dia juga seperti pemain lain malah semua rakyat di Malaysia yang mengharapkan langkah wab4k berakhir menerusi langkah agr3sif yang dilakukan oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sokongan individu.

“Saya kini agr3sif menjalani latihan di rumah dalam memastikan tahap kecergasan dan stamina sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebelum beraksi.

“Sememangnya rasa rindu untuk menend4ng bola amat membuak termasuk untuk melakukan latihan sepakan percuma yang menjadi kegemaran saya dalam permainan,” kata Nazrin yang yakin dengan setiap langkah pengendalian liga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Media hari ini melaporkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) sebaik (PKP) berakhir.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan FAM dan MFL sudah mempunyai perancangan teliti termasuk untuk kesemua pertandingan di bawah kelolaan FAM antaranya sa!ngan Piala Belia dan Piala Presiden yang ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac lalu.

Sumber : BH