Ratapi Kekalahan Memalukan

MADRID: Real Madrid mengalami kekalahan paling mengejutkan dalam saingan Piala Raja Sepanyol apabila juara bertahan itu disingkirkan kelab divisyen tiga, Alcoyano.

Alcoyano menewaskan skuad kendalian Zinedine Zidane 2-1 dan menyaksikan pemainnya dibuang padang dalam masa kecederaan.

Zidane memasukkan Eden Hazard, Karim Benzema dan Toni Kroos sebagai pemain gantian, manakala pemain Alcoyano Ramon Lopez dilayangkan kad merah pada minit ke-109 kerana mengasari Casemiro.

Alcoyano membuat kejutan dengan Juanan meledak gol kemenangan ke atas Madrid yang terus mempamerkan kemerosotan prestasi.

Selepas tewas kepada Athletic Bilbao dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol minggu lalu, Madrid dimalukan pula oleh kelab kerdil Alcoyano.

Dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, kekalahan memalukan ini pasti menambah tekanan ke atas Zidane. – AFP

Sumber : BH