Real Madrid catat kemenangan bergaya

MARCELO meraikan jaringannya dengan melutut ketika Real Madrid menyambung saingan selepas tiga bulan terhenti berikutan Cov!d-19 dengan menewaskan Eibar 3-1 pagi ini.

Selepas menjaringkan gol ketiga Madrid pada minit ke-37, Marcelo dengan kaki kiri melutut dan mengangkat genggam tangan kanan ke udara, sebagai tanda menyokong gerakan Black Lives Matter.

Kemenangan Madrid mungkin terpaksa di bayar dengan harga tinggi ketika Eden Hazard dan Sergio Ramos kedua-dua terpaksa digantikan pada awal separuh masa kedua dan kelihatan memakai balutan ais ketika duduk di bangku simpanan.

Madrid turut mengesahkan pertahanan kanan, Dani Carvajal terpaksa diketepikan selepas terbabit pel@nggaran.

Zinedine Zidane berharap kedua-duanya Hazard dan Ramos dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas kurang beraksi saingan kompetitif dalam tempoh panjang.

Hazard melakukan penampilan dalam kesebelasan utama sejak Februari dan balutan ais di kakinya kelihatan dia mengalami masalah perg3langan kaki kanan, iaitu keced3raan yang dialami pada November dan Februari, sebelum menjalani pemb3dahan pada Mac lalu.

Kami tahu Eden akan kekurangan dari segi rentak permainan bagi seluruh perlawanan, kata Zidane.

Dia beraksi baik dalam satu jam, dia mengalami pel@nggaran yang menakvtkan tapi pada waktu rehat dia memaklumkan dia dalam keadaan baik. Dia gembira dengan apa yang dilakukannya dan kami tumpang gembira dengannya.

Kemenangan Real menyaksikan mereka kembali merapatkan jurang dua mata dengan pendahulu liga, Barcelona selepas The Catalan menewaskan Real Mallorca 4-0, kelmarin.

Real membuka tirai jaringan menerusi Toni Kroos seawal minit keempat sebelum Ramos meledak gol kedua minit ke-30.

Eibar mendapat gol saguhati menerusi jaringan Pedro Bigas pada minit ke-60.