Rekod “Rare” MSL yang sukar dipecahkan

Liga Malaysia menyajikan banyak babak menarik sepanjang kita menontonnya. Ia merupakan satu kebanggaan untuk kita menyaksikan liga negara sendiri.

Ada beberapa rekod telah tercipta sepanjang berlangsungnya Liga Malaysia sejak awal 20 an lagi. Ada antara rekod ini yang sukar untuk dipecahkan pasukan lain.

Kami membawakan kepada anda beberapa rekod yang sukar dan mungkin tidak mampu untuk dipecahkan oleh mana-mana pasukan lagi setakat ini.

1. Double treble Kedah

Kedah merupakan pasukan yang sukar digugat ketika zaman kegemilangan mereka. Dominasi mereka ketika itu tidak mampu ditembusi oleh pasukan lain. Skuad Kenari merupakan pasukan yang lengkap. Mereka berjaya mencipta rekod dua kali menjuarai kejuaraan ‘treble’. Ia dilakukan dalam dua musim berturut-turut.

Pada musim 2007 dan 2008, Kedah menjadi tajuk besar di dada – dada akhbar dengan kejayaan mereka menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selama dua musim berturut-turut. Marlon Alex James dan Nelson Sam Martin sudah tentu menjadi antara nama yang segar dalam ingatan ketika kejayaan mereka itu.

2. 33 Kali Juara Piala Malaysia Oleh Selangor

Pasukan dengan gelaran ‘King of Malaya’ ini sememangnya berada pada kelas mereka yang tersendiri apabila disebut tentang Piala Malaysia, kejohanan tertua di Asia. Penyokong Liga Malaysia satu waktu dahulu lebih cenderung mengiktiraf kejuaraan Piala Malaysia berbanding kejuaraan liga kerana prestijnya yang tersendiri.

Selangor merupakan sebuah pasukan yang ampuh pada zaman silam, mereka memiliki banyak nama besar yang menabur bakti hampir setiap musim untuk mereka. Kejohanan Piala Malaysia agak sinonim dengan pasukan Selangor dengan rekod 33 kali kejuaraan mereka. Hanya Singapura berada di belakang mereka dengan 24 kejuaraan.

3. Invincible JDT !

Pada musim 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta rekod yang belum pernah dilakukan oleh pasukan lain di kancah Liga Malaysia iaitu rekod invincible. Invincible ialah menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan dalam satu musim. JDT menjuarai Liga Super 2016 tanpa sebarang kekalahan langsung. Arsenal antara pasukan yang pernah mencipta rekod ini. JDT dianugerahkan trofi emas kerana kejayaan mereka itu. Ia nampak sukar untuk disamai pasukan lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.