Rindu, 3 bulan Tak Sepak Bola

PEMAIN Terengganu FC II (TFC II), Dhiyaulrahman Mohd Hasry akui teruja dan gembira dapat menjalani latihan buat kali pertama selepas tiga bulan ‘berkurung’ di rumah bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Indonesia itu bersama rakan sepasukannya menjalani latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) di Gong Badak pagi ini bawah kendalian jurulatih, Roshadi Wahab dan penolongnya, Sapian Wahid.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, walaupun berlatih dalam suasana normal baharu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dia tetap positif dan membayangkan sebagai permulaan yang baik sebelum liga kembali bersambung.

“Sebelum melangkah ke padang pada jam 8 pagi, kami wajib melakukan pemeriksaan suhu badan. Kemudian kami diagihkan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada 10 pemain dengan sesi latihan bagi setiap kumpulan diadakan selama 45 minit.

“Latihan pula diadakan kira-kira dua meter bagi setiap pemain tanpa ada sebarang sentuhan dan sebaik selesai latihan, kami tidak dibenarkan memasuki bilik persalinan sebaliknya perlu pulang segera ke kediaman masing-masing.

“Walaupun kali pertama berlatih dengan SOP yang sudah tentu berbeza berbanding sebelum penul4ran wab4k pand3mik Covid-19, kami tetap mampu mengikuti SOP berkenaan, malah saya begitu gembira dan teruja bukan hanya dapat berlatih bersama rakan sepasukan tapi sudah tiga bulan tidak menyepak bola,” katanya.

Sementara itu, Roshadi mengakui proses latihan berjalan lancar tanpa sebarang ins!den yang tidak diingini walaupun pemain sudah lama tidak berlatih bersama rakan sepasukannya.

Sumber :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.